9 Sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best
KENAPA NINA MASIH BERTAHAN DENGAN SHAKLEE??
Dah hampir 10 tahun Nina terjebak dengan Shaklee. Dari pengguna kepada pengedar, dari pengedar kepada seorang leader yang ade team yang bersama-sama dengan Nina.
Dari situ Nina tubuhkan satu group dibawah Nina yang diberi nama "MauRich Empire".
Tak sangka dari seorang suri rumah sepenuh mase akhirnye ade team bisnes sendiri.
Tapi itulah, dah namenye bisnes ade pasang dan surutnye. Roda yang sentiase berpusing tak selalu berada di atas.
Walaupon ade pasang surutnye sampai harini Nina tetap setia bersama shaklee bukan hanya sebab Nina pengguna tegar shaklee tapi Nina sangat sayangkan community bisnes shaklee yang tak pernah jumpa dalam bisnes lain.
1. Nina sayangkan team besar dibawah naungan upline Nina. Walaupon mereka hanyalah sideline bisnes Nina tapi mereka seperti keluarga besar Nina. Tak pernah berjumpa tapi rapat. Ade kakak ade adik ade kawan dari pelbagai negeri. Pergi mane-mane perlu bantuan mereka sentiase ade.
2. Nina juga suka System Shaklee tu sendiri. Dia MLM tapi system dia bukan system Piramid. System Shaklee ni system siapa yang buat betul-betul dia yang naik cepat. Bukan system kayakan orang yang lama masuk. Takde istilah aniaya orang bawahan. Sebab tu lah dalam shaklee ni walaupon Nina upline tapi kalau Nina tak buat hanya downline yang betul-betul buat Nina tetap takkan dapat income ape-ape pon. Sistem yang adil.
3. Sebab produk shaklee dijamin Halal kat Malaysia ni. Shaklee memang jaga kualiti produk siap ada lab, research dan macam-macam lagi. Dan yang paling penting shaklee tak buat uji kaji keatas binatang. Produk semua organik. Berdasarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Jadi Shaklee sentiase adakan kelas nutrisi dari pakar pemakanan untuk beri pengetahuan tentang produk. Dari situ Nina dapat belajar secara percuma tentang pemakanan dan gaya hidup sihat.
4. Dalam Shaklee juga kite takkan terputus rangkaian dari 6 orang upline di atas kite. Walau ade di antara 6 orang upline Nina ni Nina tak pernah jumpa tapi diorang selalu bertanya khabar bukan hanya tentang bisnes semata tapi persahabatan. Seronok sangat bile bisnes dalam circle yang sangat positif tanpa berkire antara sideline. Team yang Nina join antara Team yang teramai dalam Malaysia ni. Sangat aktif. Pernah keliling satu Malaysia untuk coaching. Seminar sana-sini. Online dan offline coaching yang sentiase ada untuk yang memerlukan.
5. Upline Nina satu Negeri dengan Nina. Walaupon bisnes Nina di fasa kejatuhan dan team Nina dah tak se aktif dulu hubungan Nina dengan upline tetap macam sebelum ni. Tak pernah paksa Nina untuk aktif seperti dulu melainkan Nina dah bersedia untuk bangkit. Kalau bisnes lain rasenye bile kau dah tak beri manfaat tak de nye nak berkawan rapat macam biase.
6. Nina ade group consumer yang besar. Mereka banyak berkongsi feedback tentang produk yang mereka beli dengan Nina dan beri kesan positif pada mereka. Bile consumer suka dengan consultation Nina jadi rase sayang kalau Nina tak teruskan berkongsi manfaat shaklee pada yang lain.
7. Management shaklee sangat prihatin, selalu cakna keadaan semasa. Bile lonjakan sale berkurang management akan sediakan seminar dan kelas untuk pengedar-pengedar ikut. Semuanye percuma.
8. Bile usaha lebih Shaklee bukan hanya bagi income lebih tapi bagi percutian menarik dan bonus kereta.
9. Nina suka bile shaklee buat event dan party. Ye lah dah tua-tua ni sapa yang nak raikan kite dengan event-event besar. Tapi shaklee raikan kite dengan event mewah boleh pakai cantik-cantik bergaya.
Comments
Post a Comment