Keburukan Intermittent Fasting
Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu
Ohh.. baru tahu rupanya Intermittent fasting ade buruknya juga.
Iyelahh kan dah ade baik pasti ade buruk juga.
Tak gittew...
Baru ni team Nina ada sertai kelas di Kompleks Tabung Haji kelana Jaya pada 18 march 2023, kelas nutrivention dari Doctor Redza iaitu salah seorang saintis Malaysia dalam bidang NUTRACEUICALS dan topiknya ialah FASTING FOR WEIGHT LOSS.
Kelas penuh dengan ilmu dan penyampaian dari Doctor Redza sendiri. Bukan mudah nak korek ilmu dari yang pakar dan hebat ni. Beruntung sangat lah sape yang berpeluang tu dah lah bayaran pon sungguh tak masuk akal, murah berbanding dengan ilmu yang nak disampaikan.
Apa itu INTERMITTENT FASTING (IF) ?
Intermittent Fasting adalah berpuasa dengan masa yang tertentu dan puasa nya adalah berbeza dengan puasa ramadhan.
Cadangan masa DIET IF mengikut keselesaan tersendiri :
- 12 jam berpuasa , 12 jam makan
- 16 jam berpuasa , 8 jam makan
- 18 jam berpuasa , 6 jam makan
- 20 jam berpuasa , 4 jam makan
Sepanjang diet IF tidak boleh makan dan bezanya adalah boleh minum seperti air mineral , teh kosong , kopi kosong ataupun air tanpa kalori. Tetapi kenapa ramai menyukai Diet IF ini sebabnya mereka mendapat kelebihan ialah Autophagy.
Apa itu AUTOPHAGY ?
Autophagy terjadi ketika tubuh kita memproses semulajadi membersihkan dan juga menggantikan bahagian sel yang rosak bertukar yang baru.
Semasa kelas harini Doctor Redza menyarankan jika ingin mendapatkan autophagy yang lebih mudah ambil sahaja supplement yang terbaik iaitu dari produk shaklee yang lebih membantu menyokong proses detox semulajadi dan juga membantu Diet IF ini.
KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING
- Tahap kolagen dalam badan berkurangan
- Bacaan Kolestrol tidak normal
- Gangguan fungsi hormone Leptine dan Incretin
- Emosi terganggu
- Gangguan pada waktu tidur
Doctor Redza juga ade bagi tips yang lebih mudah ia menyarankan puasa sunat , Doctor Redza tidak menolak diet IF tapi nak lebih mudah dan cara mengikut sunnah Nabi muhammad saw ialah berpuasa untuk mendapat gaya hidup lebih sihat merawat dan memulihkan tubuh badan.
KELEBIHAN PUASA MENGIKUT SUNNAH UNTUK KESIHATAN
- Sihat untuk otak
- Menurunkan berat badan
- Membantu mengawal Diabetes
- Mencergaskan tubuh badan
- Meningkatkan kekenyangan walau makan sedikit
- Mengurangkan keradangan
- Menyokong pembakaran lemak dan ketosis
- Mengurangkan tekanan darah
- Mengurangkan tekanan gula dalam darah
- Memperbaiki proses kitarsemula sel sel
- Menyokong penghasilan kolagen lebih sihat
- Meningkatkan kesihatan jantung
- Mengurangkan simptom GERD
(gastroesophageal reflux disease)
Agama islam mewajibkan umatnya berpuasa di bulan Ramadhan. Juga menyarankan berpuasa sunat seminggu dua kali iaitu puasa sunat isnin dan kamis. Banyak kelebihan berpuasa mengikut sunnah Nabi muhammad saw untuk kesihatan lebih baik.
sekian terima kasih ;)
#pengedarshakleekualalumpur
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment